Disember 2013 - Aktiviti 17

  • Pelancaran Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)  
       
    PUTRAJAYA 16 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Joseph Entulu, beliau berkata S.P.A telah mengorak langkah ke hadapan, menambahbaik sistem tapisan keselamatan calon secara kasar dengan membuat tapisan keselamatan secara online sebelum calon-calon dilantik ke dalam perkhidmatan melalui SSMI. Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata pelaksanaan sistem ini juga merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy Iniatives (NBOSI) seperti mana yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Menurutnya lagi Proof Of Concept (POC) telah diadakan mulai 25 Januari sehingga 21 Julai 2013 yang melibatkan tiga (3) agensi utama iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO). YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata sistem ini akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sistem SSMI ini merupakan "Produk 1 Malaysia Transformasi SPA" yang memberi satu faedah dan keuntungan bersama kepada perkhidmatan awam. ---- MediaSPA
Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17