Disember 2013 - Aktiviti 20

  • Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam  
       
    S.P.A 17 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa beliau berbangga kerana Bahagian Pengambilan S.P.A telah berjaya mencapai Key Perfomance Index (KPI) bahagian seperti yang dikehendaki. Beliau berkata demikian semasa kunjungan ke bahagian itu hari ini. Tambah beliau lagi apabila sesuatu bahagian berjaya mencapai KPI yang disasarkan maka kakitangannya sudah pasti memperoleh markah penilaian 85% ke atas termasuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata S.P.A akan mengadakan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan GLC dalam masa terdekat agar penggunaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah dilancarkan semalam dapat digunakan oleh agensi-agensi tersebut. ----- MediaSPA
Aktiviti 20

Aktiviti 20