Disember 2015 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Dis -----Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke-128

    PUTRAJAYA 2 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat SPKP ke-128 pada 1 Disember 2015 di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri YBhg. Peguam Negara, YBhg. Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas SPKP bagi urusan pelantikan,kenaikan pangkat, surcaj, tahan kerja dan isu-isu dasar serta ketetapan(ruling) berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- SPKP/MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4