Disember 2015 - Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 12 Dis ----- "S.P.A peroleh pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2015" -- Dato' Seri Arpah Abdul Razak

    PUTRAJAYA 11 Dis ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) kerana telah memperolehi pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2015. Beliau berkata demikian di majlis Malam Mesra Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Putrajaya malam tadi. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya dan warga S.P.A. Menurutnya lagi kejayaan ini adalah hasil semangat kerjasama semua peringkat jawatan di S.P.A. Antaranya ialah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah diadakan pada bulan Mei lepas . S.P.A juga telah memperolehi beberapa anugerah kecemerlangan sukan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Di majlis ini juga Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Buku Pelan Strategik SPA 2016-2020 dan penyampaian hadiah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3

 

Aktiviti10_4

 

Aktiviti10_5