Disember 2017 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 11 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-135

    PUTRAJAYA, 8 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-135 di Istana Kehakiman, Jumaat lepas. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP, Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5