Februari 2012 - Aktiviti 2

  • Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam

    BANGI 4 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Sabtu lepas. Seramai 28,741 calon telah layak menduduki ujian yang pertama kalinya diadakan khas untuk calon-calon yang memohon untuk jawatan Penguasa Kastam. Bertempat di pusat peperiksaan UNITEN Bangi, seramai 670 calon hadir menduduki peperiksaan. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hadir untuk melihat sendiri perjalanan peperiksaan. Hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Korporat KDRM, YBhg. Dato’ Chik Omar Chik Lim. Menurut Dato’ Lamien, sebanyak 69 peratus kehadiran calon-calon yang menduduki peperiksaan dan ini merupakan rekod kehadiran calon yang paling ramai. Menurutnya lagi, keputusan peperiksaan dijangka dapat diketahui pada 12 Mac 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre pada bulan April dan urusan temu duga pula akan dijalankan pada bulan Jun depan. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2