Februari 2013 - Aktiviti 12

  • SPA Ditahap Prestasi Yang Baik -- Datuk Ramli Juhari

    SPA 28 Februari ----- Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, S.P.A kini pada tahap prestasi baik kerana tidak menerima aduan sehingga memudaratkan dan terpaksa menjelaskan kepada Kabinet atau Parlimen yang boleh menyebabkan imej S.P.A tercalar. Menurutnya lagi, beliau meminta agar warga S.P.A mengekalkan kecemerlangan seperti tahun-tahun yang lepas. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat yang diadakan di Dewan Temu duga semalam. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Terdahulu dari itu beliau berkata, dengan kemudahan teknologi terkini, warga S.P.A diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang salah kepada orang luar. YBhg. Datuk Ramli juga mengingatkan kepada pegawai yang terlibat memaklumkan mengenai keputusan temu duga supaya menepati tarikh keputusan seperti yang dijanjikan, supaya calon tidak tertanya-tanya atau menunggu terlalu lama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A yang mendapat kenaikan pangkat dan meraih kejayaan dalam sukan anjuran PASPA----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1