Februari 2013 - Aktiviti 2

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Sandakan

    SANDAKAN 5 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan berkanun dan Persatuan-persatuan badan-badan bukan kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA Negeri Sabah, YBhg. Datuk Claudius Roman, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sidang media juga diadakan selepas sesi Interaksi berakhir. Selain dari itu S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pendaftaran online, semakan online dan taklimat kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah disekitar Sandakan. YBhg. Dato' R. Segarajah juga melawat gerai pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Â