Februari 2013 - Aktiviti 9

  • Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

    S.P.A 21 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran lantikan ke perkhidmatan awam kepada 298 calon yang telah berjaya dalam temu duga yang dijalankan oleh S.P.A baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis Khas tersebut telah berlangsung di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam, "Inilah kali pertama S.P.A menyerahkan surat secara terus kepada calon yang berjaya dan ini merupakan Transformasi yang ke-36 dilakukan oleh S.P.A". Majlis khas pada hari ini melibatkan calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Farmasi Gred U41, Pegawai Pergigian Gred U41, Penolong Pegawai Teknologi maklumat Gred F29 dan Penolong Pegawai Penguat kuasa Gred N27. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis penyampaian berakhir. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1