Februari 2015 - Aktiviti 22

  • Lim Mooi Eia Setiausaha S.P.A Yang Baharu Mulai Esok

    PUTRAJAYA 26 Feb ----- Lim Mooi Eia dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang baharu bermula esok (Jumaat) yang menggantikan Datuk Ramli Juhari kerana bersara wajib pada hari ini. Pengumum rasmi kepada warga S.P.A telah dibuat oleh Pengerusi, Tan Sri Mahmood Adam dalam ucapan di perhimpunan bulanan yang diadakan di Putrajaya petang tadi. Manakala jawatan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) di isi oleh Salmah Idris juga berkuat kuasa esok. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan ucapan selamat bersara kepada Datuk Ramli Juhari. Lim Mooi Eia adalah merupakan Setiausaha S.P.A yang ke 18. Terdahulu di majlis perhimpunan itu juga warga S.P.A turut diperkenalkan dengan pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015 serta pengumumam mengenai perlawanan peringkat MAKSAK yang akan disertai oleh pemain-pemain badminton S.P.A bermula esok. ----- MediaSPA

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22