Januari 2013 - Aktiviti 1

  • Sidang Media Khas Pengerusi SPA

    SPA 2 Januari ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sidang Media Khas mengenai pencapaian S.P.A sepanjang tahun 2012 meliputi urusan Pelantikan, Perkhidmatan serta Naik Pangkat dan Tatatertib di bawah bidang kuasa S.P.A. Sidang media yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. Dalam sidang media tersebut, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah memaklumkan kepada pihak media bahawa sepanjang Jun 2012 hingga Disember 2012, pendaftaran daripada kaum Cina dan India telah meningkat setelah pelbagai usaha yang telah beliau laksanakan seperti Sesi Interaksi bersama Kementerian/Jabatan/NGO, roadshow, penubuhan jawatankuasa khas dan mesyuarat secara berkala bersama Kementerian/Jabatan/NGO. ----- MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1