Januari 2017 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 31 Jan ----- Perhimpunan Bulanan SPA dan Pelancaran Buku SPA 1957 - 2017

    PUTRAJAYA, 29 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak menyeru semua warga SPA untuk sentiasa memastikan diri masing-masing mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang tugas selari dengan fungsi-fungsi SPA, memastikan kualiti penyampaian kerja sentiasa konsisten dan bermutu sepanjang masa. Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan dan Amanat Tahun Baru 2018 di Putrajaya pada Isnin. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu Pengerusi SPA turut melancarkan buku “60 Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, 1957-2017” yang menghimpunkan peristiwa penting berserta salinan gambar sejarah SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4

 

Aktiviti6_5

 

Aktiviti6_6

 

Aktiviti6_7