Julai 2012 - Aktiviti 10

  • SPA Kaji Dasar

    SPA 25 Julai ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, Suruhanjaya kini sedang mengkaji atau membuat pindaan dasar-dasar atau ruling-ruling yang telah diguna pakai oleh SPA selama ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran bersama Bahagian Dasar dan Perancangan, Urus setia Mesyuarat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Dewan Temu Duga Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi sebanyak 26 dasar-dasar yang akan dipinda itu juga akan dikaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kementerian atau Jabatan yang berkaitan mengikut keperluan semasa. Turut hadir ke perhimpunan bulanan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Di akhir majlis, Dato’ Lamien Sawiyo turut menyampaikan sijil-sijil kursus dan hadiah kemenangan sukan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1