Julai 2013 - Aktiviti 18

  • Lawatan Kerja YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun ke Kota Kinabalu

    Kota Kinabalu, 23 Julai ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun telah mengadakan lawatan kerja ke Kota Kinabalu iaitu dengan mengadakan kunjungan di tiga (3) buah agensi kerajaan di bawah portfolio beliau iaitu MAMPU Cawangan Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Cawangan Sabah serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Cawangan Sabah.

    Ketibaan beliau telah disambut oleh ketua jabatan dan pegawai kanan agensi berkenaan.

    Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu telah menyampaikan amanat kepada semua kakitangan yang hadir. Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat Datuk menyeru agar setiap penjawat awam sentiasa berfikiran terbuka dan kreatif dalam memberikan idea-idea bernas bagi mencapai wawasan 2020 iaitu maju dari semua aspek.

    Taklimat kepada beliau mengenai peranan dan fungsi SPA khususnya SPA Cawangan Sabah, telah disampaikan oleh Tn Hj Musa Sulaiman.Sejurus selepas itu, beliau telah dibawa melawat pejabat ketiga-tiga agensi berkenaan.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1