Julai 2013 - Aktiviti 21

  • Pameran Dan Taklimat Kerjaya Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor


    KUALA LUMPUR, 27 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Program Hari Kerjaya yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Hua Zong Kuala Lumpur. Program kerjaya kerjasama S.P.A dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah taklimat kerjaya dalam perkhidmatan awam, permohonan secara online dan semakan status permohonan. Sesi taklimat kerjaya telah disampaikan oleh Cik Neo Sue Beng, Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pengambilan Khas dan juga Encik Mohd Shamsul Kamar, Penolong Pegawai Tadbir daripada Bahagian Peperiksaan ------MediaSPA

Aktiviti21

Aktiviti21

Aktiviti21