Julai 2015 - Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 29 Julai ----- Peperiksaan Online Jurufotografi Gred B27,Pereka Gred B17 dan Pereka Gred B41

    PUTRAJAYA 29 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menjalankan peperiksaan online bagi tiga (3) jawatan iaitu Pereka Gred B17, Jurufotografi Gred B27 dan Pereka Gred B41. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir ke bilik operasi peperiksaan di Putrajaya dan menyaksikan perjalanan peperiksaan yang bermula jam 10.00 pagi tadi. Turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan panel penilai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (TMK) MAMPU, Dr. Suhazimah Dzazali. Terdahulu sesi taklimat peperiksaan online S.P.A kepada delegasi Panel (AIICT) 2015 telah disampaikan oleh Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3

 

Aktiviti12_4

 

Aktiviti12_5