Jun 2012 - Aktiviti 17

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA di Johor Bahru

    JOHOR BAHRU 26 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan Sesi Interaksi seterusnya dengan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Pemimpin Masyarakat Negeri Johor semalam. Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan SPA. Di dalam sesi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan maklumat merangkumi gaji, kemudahan yang boleh dinikmati penjawat awam, peluang kenaikan pangkat, pinjaman perumahan dan sebagainya. Pelbagai soalan telah dikemukanan oleh wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) terdiri kaum Cina dan India. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama dan diikuti dengan lawatan ke Pusat Temu Duga SPA di Menara Ansar Johor Bahru, Johor ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1