Jun 2012 - Aktiviti 6

  • SPA Sertai Karnival Kerjaya Di Melaka

    SPA 11 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya sempena Pesta Sungai Melaka 2012 yang berlangsung di Dataran Sungai Melaka, Bandar Hilir Melaka pada 9 dan 10 Jun 2012 (Sabtu dan Ahad). Lebih daripada 20 agensi Kerajaan dan Swasta terlibat dalam menjayakan Karnival Kerjaya anjuran Kerajaan Negeri Melaka. SPA yang turut terlibat dalam pameran kerjaya tersebut telah membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir. Calon juga boleh membuat semakan status permohonan mereka. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo turut hadir ke tapak pameran diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Bin Dollah. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1