Jun 2012 - Aktiviti 7

  • SPA Laksana Sesi Temu Duga Waktu Malam

    SPA 13 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sesi temu duga pada waktu malam buat pertama kalinya bermula hari ini. Seramai tiga (3) orang calon hadir untuk ditemu duga bagi jawatan Pembantu Penyelidik. Sesi temu duga yang bermula jam 8.00 malam telah diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, Putrajaya. Terdahulu dari itu, sesi temu duga pada waktu malam dan pada hujung minggu telah diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA pada majlis pertemuan dengan media dan di Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, minggu lepas. ----- MediaSPA

Aktiviti1