Jun 2012 - Aktiviti 8

  • Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Tamil

    SPA 14 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan khas dengan media massa/elektronik berbahasa Tamil. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Perumal a/l Govindarajoo, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pertemuan YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Tamil tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan/faedah penjawat awam, gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan seterusnya menarik minat kaum India untuk berkhidmat dalam sektor awam. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1