Jun 2013 - Aktiviti 19

  • Mesyuarat Pelantikan Dan Penempatan Kaum India Dan Cina Di Kaunter Agensi  
       
    SPA 26 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pelantikan dan Penempatan Kaum India dan Cina di kaunter-kaunter agensi Perkhidmatan Awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian dan Jabatan, wakil NGO India dan Cina serta pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Antara perkara yang dibincangkan ialah supaya penempatan kaum Cina dan India terutama yang bertugas di kaunter-kaunter Agensi Kerajaan dikekalkan kerana perkara ini telah diputuskan oleh Kerajaan untuk memudahkan urusan pelanggan yang terdiri dari pelbagai kaum.----- MediaSPA
Aktiviti 19

Aktiviti 19

Aktiviti 19

Aktiviti 19

Aktiviti 8

Aktiviti 8