Jun 2013 - Aktiviti 5

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan  
       
    KOTA KINABALU 11 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan kerana meraikan Ahli Suruhanjaya yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu YBhg. Datuk Awang Nohin Nohin Awang Rauf. Majlis yang diadakan di Hotel Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu, Sabah turut dihadiri Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Puan Sri Nabihah Hj. Hassan serta Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. YBhg Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Datuk Awang Nohin sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang diberikan ----- MediaSPA

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5