Jun 2013 - Aktiviti 7

  • Tan Sri Mahmood Adam Rasmikan Seminar Outreach Peringkat Negeri Sabah  
       
    KOTA KINABALU 12 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan “Seminar Outreach- Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam Kepada Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Sabah”. Seminar anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) yang diadakan di Kampus Intan Sabah turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sabah, Tuan Haji Musa Sulaiman. Seramai 120 peserta hadir dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Terdahulu dari itu YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengadakan sesi soal jawab sejurus selepas majlis perasmian. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hadir di majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan Ibu Pejabat Urus Setia S.P.A Cawangan Sabah dan turut sama menyertai aktiviti senam seni ----- MediaSPA
Aktiviti 7

Aktiviti 7

Aktiviti 7

Aktiviti 7

Aktiviti 7

Aktiviti 7