Jun 2017 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 13 Jun ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 133

    PUTRAJAYA, 9 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-133 di Putrajaya, Jumaat lepas. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Kuala Lumpur serta Jemaah Pegawai SPKP. Turut hadir ke mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4