Mac 2015 - Aktiviti 22

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Lembaga Temu Duga

    PUTRAJAYA 23 Mac ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mempengerusikan mesyuarat lembaga temu duga untuk jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S 27, Pengajar Jururawat Gred U41 dan Penolong Pegawai Perikanan Gred G27. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P. A serta wakil pegawai daripada jabatan berkaitan. Terdahulu Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya dan telah menyampaikan surat penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Dr. Haji Ramlee Haji Rahmat yang tamat perkhidmatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas. Dalam satu majlis lain, Pengerusi S.P.A menyampaikan surat pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Belia dan sukan Gred S41 kepada Mohd Azzam Azmi. ----- MediaSPA

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22