Mac 2016 - Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 28 Mac ----- Zamri Mohd Jalil YDP PASPA 2016/2017

    SPA 25 Mac ----- Zamri Mohd Jalil dilantik sebagai Yang Di Pertua PASPA yang baharu untuk menerajui Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) bagi sesi 2016/2017. Mesyuarat agung PASPA yang diadakan pada jumaat lepas turut menampilkan 7 (tujuh) muka baharu antaranya Zainal Bahauddin Timbalan YDP I, Noor Dasrafeezal Abdul Shukor dilantik sebagai Bendahari, Muhamad Syafiq Azwad Zulkefle (Agama), Muhamad Hafiz Yusof (Ekonomi), Abdul Shukor Mohamed (Kebajikan), Mohd Shamshul Kamar Ahmad (Sukan) dan Wan Mohd Syafiq Wan Nazri (Penerbitan). Terdahulu dalam ucapan Penaung PASPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata agar PASPA terus menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta membantu apabila menghadapi sebarang masalah bagi meringankan beban yang dihadapi. Sementara itu, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah turut mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK yang baharu dan beliau berharap agar kerjasama dan saling bantu membantu untuk kebaikan persatuan . MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3

 

Aktiviti10_4

 

Aktiviti10_5