Mac 2017 - Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 15 Mac ----- "mySPAv2 antara Apps yang popular" --- Pengerusi SPA

    MELAKA, 14 Mac ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata Aplikasi mySPAv2 telah mendapat penarafan 5 bintang dan antara Apps yang popular dalam kategori sosial iaitu memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ini merupakan transformasi baharu yang telah dibangunkan oleh SPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU melalui platform mudah alih. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Pusat Temu duga SPA di Melaka yang terletak di Menara Persekutuan, Melaka semalam. Menurutnya lagi sistem mySPA8i untuk permohonan jawatan juga telah mendapat pilihan Apps tertinggi. Statistik menunjukkan sebanyak 1,561,206 pemohon telah berdaftar dengan SPA melalui Sistem MyRecruitment. Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil Kementerian/Jabatan. MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5