Mac 2019 - Aktiviti 5

  • Program Pameran Kerjaya Anjuran SPA Malaysia Cawangan Sarawak

    14 Mac 2019 (Khamis) ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Pameran Kerjaya sempena penyampaian Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di empat(4) buah Sekolah yang terpilih iaitu SMK Seri Setia Tabuan Jaya Kuching, SMK Tun Abdul Razak Siburan Kuching, SMK Sadong Jaya Samarahan dan di SMK Sematan, Lundu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah berkaitan peluang kerjaya di dalam sektor awam apabila mereka menamatkan persekolahan nanti. Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK) turut hadir bersama ke beberapa buah sekolah yang terlibat dan memberi penerangan dan tips serta panduan untuk memasuki Perkhidmatan Awam kepada pelajar-pelajar yang melawat ke Booth pameran SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Beberapa orang kakitangan dari SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga turut terlibat dalam penganjuran program ini. Anggaran seramai 500 lebih pelajar yang terlibat dalam program kali ini.

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3

 

Aktiviti5_4

 

Aktiviti5_5

Â