Mei 2012 - Aktiviti 15

  • Tan Sri Mahmood Adam - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    SPA 31 Mei ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPA setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat sumpah pada pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, YA Dato’ Bentara Luar Dato’ Haji Hashim Bin Dato’ Haji Yusof bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Mengiringi YBhg. Tan Sri Pengerusi, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) dan Encik Shafarin Nasuredin, Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam merupakan Pengerusi SPA ke–11, menggantikan YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi pada November lepas. ---- MediaSPA

Aktiviti15

Aktiviti15