Mei 2012 - Aktiviti 3

  • KSN Ucap tahniah Kepada SPA, Raih 3 Anugerah Pencapaian Sukan

    PUTRAJAYA 8 Mei ----- Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di atas kejayaan merangkul 3 Anugerah Pencapaian Sukan Jabatan Perdana Menteri 2011 di dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memenangi Anugerah Olahragawan JPM yang disandang oleh Joharry Othman dari Bahagian Peperiksaan menewaskan calon dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Anugerah kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Tisin yang memenangi Anugerah Khas Sukan menewaskan calon dari Unit Perancang Ekonomi. Anugerah ketiga yang dimenangi SPA adalah Anugerah Pasukan Terbaik Jabatan Perdana Menteri yang dimenangi oleh Pasukan Bolasepak SPA FC menewaskan pasukan Dragon Boat dari JPM. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin telah hadir di dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Terdahulu dari itu, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3