Mei 2013 - Aktiviti 6

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri, Retreat Suruhanjaya Dan Perjumpaan Dengan NGO Dayak

    KUCHING 15 Mei ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah hadir di Sesi Rumusan Retreat Suruhanjaya. Retreat Suruhanjaya yang bermula hari Isnin lepas turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Pada sebelah petang pula, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut membuat perjumpaan bersama NGO Dayak. Seramai 17 persatuan dari NGO Dayak telah hadir bagi mengkaji penyertaan kaum Dayak ke dalam Perkhidmatan Awam di seluruh Sarawak ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6