Mei 2014 - Aktiviti 20

  • Petugas Persidangan S.P.A Mesti Berdisiplin, Kerjasama Dan Tepati Waktu -- Datuk Ramli Juhari

    PUTRAJAYA 15 Mei ----- Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari hari ini mengingatkan pegawai-pegawai yang akan bertugas pada Persidangan S.P.A mestilah menjalankan tugas dengan berdisiplin, bekerjasama serta menepati waktu sepanjang persidangan berlangsung. Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat dan perjumpaan bersama jawatankuasa dan urus setia yang akan bertugas pada persidangan itu nanti. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 19 hingga 22 Mei 2014 yang akan diadakan di Langkawi. Persidangan kali ke 17 ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.----- MediaSP

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1