Mei 2017 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Mei ----- Pengerusi SPA Rasmi Karnival SPA 2017

    PUTRAJAYA, April ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Karnival SPA 2017 di Putrajaya pada Jumaat lepas. Karnival tahunan anjuran Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) yang akan bermula pada bulan Mei hingga September 2017 ini ialah program bermanfaat bertujuan manggalakkan warga SPA aktif dalam program-program riadah di samping menjalankan tugas seharian. Antara program yang dirancang adalah Hari Sukan SPA, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Tulisan Khat, Forum Perdana, Telentime SPA dan Pertandingan Nasyid. Terdahulu dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan SPA yang bertemakan “Fit SPA” ialah inisiatif dan usaha kita ke arah menjadi warga kerja yang sihat ketahanan fizikal dan mental. Menurutnya lagi, warga SPA juga perlu sentiasa mengekalkan kebersihan diri dan persekitaran untuk menghindari sebarang penyakit serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih supaya kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah sentiasa terjamin. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga SPA. MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4