Mei 2017 - Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Mei ----- Jelajah CSR PPTD

    PUTRAJAYA, April ----- Wakil SPA Ismawira Amin Ismail telah berjaya menamatkan konvoi Jelajah CSR PPTD : Misi Al-Quran Braille, Putrajaya - Bangkok 2017 yang bermula pada 26 April hingga 1 Mei 2017. Konvoi ini melibatkan perjalanan sejauh 3000km dengan penglibatan seramai 50 orang sukarelawan dan 15 kenderaan. Majlis pelepasan konvoi dari Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 26 April 2017 di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Sejumlah 100 buah set Al-Quran Braille (600 kotak), 150 buah Braillet, 70 buah Al-Quran biasa, 170 buah buku bahasa Inggeris, telekung, kain pelikat dan sumbangan derma tunai telah berjaya disampaikan kepada 3 buah Masjid di Malaysia, 5 buah Masjid di Bangkok, 9 buah Masjid di seluruh Pathumthani, 1 Madrasah di Chiang Mai dan 2 buah Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di Thailand. SPA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wakil SPA atas usaha murni tersebut yang telah turut sama mengharumkan nama SPA dalam kerja-kerja kebajikan dan kesukarelaan . MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4