November 2012 - Aktiviti 2

  • SPA Malaysia Sedia Tawar Kepakaran Kepada SPA Brunei ----- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 7 November -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedia menawarkan kepakaran dalam membangunkan sistem pengambilan yang dilakukan sekarang kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei. Pengerusinya YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam berkata demikian kepada Delegasi SPA Brunei yang membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya. "SPA Malaysia juga bersedia menghantar pakar untuk membangunkan sistem pengambilan di SPA Brunei, sekiranya diperlukan". Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Pengiran Haji Hashim dalam sesi soal jawab berkata, beliau juga melihat bahawa Sistem MyRecruitment yang di buat oleh SPA Malaysia adalah satu sistem yang baik bagi melahirkan penjawat awam di Malaysia yang berkualiti. Beliau juga melihat bahawa SPA Malaysia kini lebih terbuka dan mesra rakyat selaras dengan Transformasi kepimpinan Negara yang mendahulukan Rakyat. Delegasi SPA Brunei turut di bawa ke Dewan Temu Duga SPA di Aras 6, Putrajaya----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2