November 2014 - Aktiviti 17

  • "S.P.A Melaksanakan Inisiatif Menambah baik Perkhidmatan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    Melaka 8 Nov ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini lebih dikenali bukan sahaja kerana transformasi malahan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan di bawah program transformasinya. “Kita ada buku Compentnecy Based Interview (CBI) yang di dalamnya mengandungi garis panduan bagaimana S.P.A hendak menjalankan sesi temu duga seterusnya mendapat calon yang bagus untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam”. Tan Sri Mahmood berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian retreat semakan semula dokumen ISO 9001: 2008 dan pelan perancangan strategik S.P.A tahun 2014 anjuran ASPA, di Melaka malam tadi. Turut hadir Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia----- MediaSPA

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17