November 2014 - Aktiviti 20

  • " 313,168 Calon Duduki Pepriksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam" ----- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 12 Nov ----- Seramai 313,168 calon telah menduduki peperiksaan secara online untuk memasuki perkhidmatan awam sejak ia diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) pada 30 April 2014. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pada satu majlis penghargaan sempena kelancaran pelaksanaan sistem peperiksaan online di Putrajaya semalam. Peperiksaan yang diadakan dengan kerjasama JARING Communication Sdn. Bhd. dan Syarikat Novatis Resources Sdn.Bhd. yang menyediakan jalur lebar telah membolehkan 120,000 calon menduduki peperiksaan dalam masa yang sama. Menurut Tan Sri Mahmood lagi peperiksaan terkini iaitu Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang dijalankan pada 1 November 2014 telah dijalankan dengan jayanya dengan tidak menghadapi sebarang masalah tenikal dan dihadiri seramai 46,516 calon. ----- MediaSPA

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20