November 2016 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 18 November ----- Majlis Jasamu Dikenang

    PUTRAJAYA 17 November ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia , YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan lima (5) orang pegawai SPA yang bersara wajib sepanjang tahun ini. Majlis yang diadakan di Anjung Ilham turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai SPA. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi SPA kepada pesara diantaranya adalah supaya memanfaatkan persaraan ini dengan sebaiknya dan berehat secara sihat serta meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang . Beliau juga turut mengingatkan betapa pentingnya mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Arpah menyampaikan sijil dan cenderamata kenangan daripada SPA. MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3