November 2016 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 23 November ----- Lawatan Kerja SPA Malaysia Ke SPA Singapura

    SINGAPURA, 22 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg.Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut bersama dalam lawatan kerja sehari itu adalah Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abdin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Hj Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan SPA. Ketibaan delegasi SPA Malaysia di National Library Singapura (NLS) telah disambut oleh Pengerusi SPA Singapura, Mr Eddie Teo beserta ahli-ahli Suruhanjaya Singapura dan pegawai-pegawai kanan SPA Singapura. Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di samping bertukar pandangan dan pengalaman untuk penambahbaikan sektor awam di kedua-dua negara.. MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4

 

Aktiviti6_5

 

Aktiviti6_6