November 2016 - Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 30 November ----- Tan Sri Arpah Melancarkan Aplikasi mySPA8i

    PUTRAJAYA, 29 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melancarkan aplikasi mudah alih iaitu mySPA8i sebagai alternatif kepada Sistem SPA8i versi web. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir. Aplikasi mudah alih mySPA8i ini boleh dimuat turun dan digunakan bagi peranti yang beroperasikan Android, iOS dan Windows. Aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan dengan kerjasama MAMPU ini terdapat beberapa modul antaranya seperti Pendaftaran MyID, Lupa Kata Laluan, Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum, Maklumat Tambahan, Pegawai Sedang Berkhidmat, Jawatan Dimohon dan Pengakuan Pemohon. MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3

 

Aktiviti9_4