Ogos 2016 - Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 31 Ogos ----- "Menghayati Sejarah Negara Penting" -- Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA 30 Ogos ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata perlunya anak-anak muda menghayati sejarah negara kerana ia juga penting terutama apabila ditanya di dalam sesi temu duga. Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam perhimpunan bulanan SPA bertemakan Hari Kebangsaan di Ibu Pejabat SPA Putrajaya semalam. Menurutnya lagi, kebanyakan calon temu duga terutama lepasan Universiti tidak dapat menjawab pertanyaan mengenai sejarah negara dan sekiranya perkara ini berlarutan, maka akan terhakislah semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan warga SPA. MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3

 

Aktiviti12_4