Ogos 2017 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos ----- Program Gemilang Walk 2017

    PUTRAJAYA, 25 Ogos ----- YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyertai Program Gemilang Walk 2017 yang telah diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bermula seawal jam 6.30 pagi tadi diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017. YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah hadir untuk menerima penyerahan Jalur Gemilang Oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan seterusnya menyampaikan amanat kepada semua peserta Program Gemilang Walk 2017. Sejurus selepas amanat beliau, YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah perkhidmatan Awam telah menyerahkan Logo 1Malaysia Negaraku kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa.----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2