Oktober 2013 - Aktiviti 10

  • Majlis Pelancaran Usahasama Bank Rakyat Dan S.P.A


    SPA 22 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Usahasama Pintar Bersama Bank Rakyat bertujuan menggalakkan penjawat awam agar membuka akaun dan menikmati kemudahan yang disediakan di bank berkenaan. Majlis yang diadakan di Dewan temu duga S.P.A itu telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik . Bank Rakyat juga turut melancarkan Kad ATM Rakan Pintar dan penyerahan Kad ATM kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik, beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam atas kerjasama tersebut dan berharap pelanggan yang akan membuka akaun bank berkenaan akan bertambah. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut merasmikan Mesin ATM Bank Rakyat yang ditempatkan di Aras 1, Blok C7, Kompleks C untuk kemudahan orang ramai dalam urusan pengeluaran wang tunai. Satu sesi sidang media turut di adakan sejurus selepas majlis. ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10