Oktober 2013 - Aktiviti 5

  • Ketua Menteri Melaka Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16


    MELAKA 7 Oktober ----- Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris Haji Haron hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Persidangan yang bermula hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah dan Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar. Terdapat tujuh (7) kertas kerja akan dibentangkan pada kali ini iaitu "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A" yang dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, "Memperkasakan Modal Insan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan" oleh Setiausaha SPP, YBhg. Dato’ Abu Bakar Othman, "Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu" oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, "Pelaksanaan Tapisan Keselamatan bagi Penjawat Awam" oleh Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Tuan Haji Md. Yasin Husin dan "Assessing Integrity in Personel Selection: Methods, Underlying Constructs and Potential Applications in Malaysia" oleh MIMOS. Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membentangkan kertas kerja yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar yang diberi tajuk "Transformasi SPRM" manakala Jabatan Peguam Negara juga akan membentangkan kertas kerjanya iaitu "Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi dalam Penjalanan Fungsi dan Kuasa Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Persidangan akan berakhir pada 10 Oktober 2013. ----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5