Oktober 2013 - Aktiviti 8

  • S.P.A Kuasa Baru Badminton Anjuran MAKSWIP


    SPA 11 Oktober ----- Penaung Kelab Badminton S.P.A, YBhg Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton S.P.A yang muncul juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton MAKSWIP 2013 yang diadakan di dewan Pusat Komuniti, Sentul Perdana, Kuala Lumpur malam tadi. “ Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain badminton yang memenangi kejohanan ini, saya juga amat berbangga dengan kejayaan ini, dan sudah tentu pasukan kita (S.P.A) akan menjadi kuasa baru dalam arena badminton yang dianjurkan oleh MAKSWIP selepas ini” . Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaikan sijil serta insentif berupa wang tunai kepada semua pemain. Hadir sama Presiden Kelab badminton S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Presiden Encik Zainal Abidin Ahmad. Ini adalah merupakan kemenangan pertama badminton S.P.A sejak ditubuhkan dua (2) bulan lepas dan terus mincul juara yang menewaskan pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pasukan terkuat sejak sekian lama dan muncul juara melebihi 15 kali dalam arena badminton, anjuran MAKSWIP. ----- MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8