Oktober 2016 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Oktober ----- SPA Sertai Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Kebangsaan

    SERDANG 2 Oktober ----- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Hamimah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016 Peringkat Kebangsaan yang disambut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam. Seramai 10,000 peserta daripada pelbagai agensi menyertai perarakan dan perhimpunan yang bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah termasuklah kontinjen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diketuai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4

 

Aktiviti1_5

 

Aktiviti1_6

 

Aktiviti1_7

 

Aktiviti1_8