Oktober 2016 - Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 11 Oktober ----- Pengerusi SPA Dalam Program "Suara Kita, Hak Kita"

    KUALA LUMPUR 10 Oktober ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak malam tadi muncul dalam satu program bual bicara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu "Suara Kita, Hak Kita". Program selama 60 minit bermula jam 9.00 malam itu dikendalikan bersama perantara Shahril Sharapuddin dan Mohd Fadzly yang membawa tajuk Peperiksaan Dalam Talian. Antara topik yang dikupas oleh Pengerusi SPA mengenai peperiksaan dalam talian itu ialah memudahkan calon-calon mengambil peperiksaan walau di mana calon itu berada asalkan mempunyai kemudahan internet dan juga penjimatan pihak kerajaan berbanding peperiksaan secara konvensional. Program bual bicara yang berkonsepkan santai itu turut menerima panggilan telefon dan pertanyaan di Facebook daripada orang ramai yang mengikuti program tersebut secara langsung menerusi TV1. MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3