Oktober 2016 - Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 15 Oktober ----- Perkongsian Pintar Sistem eCirculation antara SPA Malaysia dan SPAN Sarawak

    PUTRAJAYA 14 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke Majlis Perkongsian Pintar Sistem eCirculation antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. eCirculation adalah merupakan satu sistem yang telah dibangunkan sendiri oleh SPA bagi mempermudahkan urusan kelulusan kertas pertimbangan Suruhanjaya di mana dengan menggunakan sistem ini kertas-kertas yang memerlukan kelulusan segera dapat dibentangkan dan diedarkan secara dalam talian tanpa perlu menunggu mesyuarat Suruhanjaya yang seterusnya. Hadir sama Timbalan Pengerusi SPAN Sarawak, Tuan Haji Zakaria P. Nyumay dan Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3