September 2012 - Aktiviti 10

  • Tan Sri Mahmood Adam di Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia  
       
    Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam semalam telah bersiaran secara langsung di TV1(RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia. Dalam rancangan yang bermula pada jam 8.00 pagi itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah menerangkan mengenai fungsi-fungsi SPA dan juga Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 1 Oktober ini di Ipoh, Perak. Selain itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi juga telah menghebahkan mengenai Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam SPA yang akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober ini di Ipoh, Perak. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif ----- MediaSPA

Aktiviti 10