September 2012 - Aktiviti 2

  • Perasmian Pusat Temu Duga SPA Di Miri  
       
    MIRI 4 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Miri pada 4 September 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi SPA berkata, pembukaan pusat temu duga ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha SPA untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon terutama daripada kalangan anak-anak Negeri Sarawak selari dengan hasrat kerajaan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil-wakil jabatan. Sejurus perasmian, satu sesi Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. ----- MediaSPA

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2